MINDA TERKINI MENUJU JALAN TAQWA...

Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari DOA


Selasa, 12 Februari 2013

SELALU ADA

Sudah sering ku ulang pada diri
Tuhan itu melihat hati
Bukan pada zahirnya peribadi..

Sudah sering ku pujuk hati
Andai dirimu tersakiti
Ingatlah janji yang kau patri
Bahwa hidup itu untuk mati..

Setiap duka
Setiap airmata
Tuhan sedang 'senyum disana'
Melihat tingkahmu bagaimana..

Tak mungkin ku damba dunia yang sementara
Inginku lepaskan semuanya demi syurga
Aku tagih bahagia pasca derita
Ku yakini Tuhan takkan mempersia..

Untuk kesekian kalinya
Ku adukan pada yang SELALU ADA
Tidak ku alirkan airmata
Selain untuk Dia yang sentiasa bersama..

Kabulkanlah.. 

Khamis, 17 Januari 2013

Aku ada satu tabiat buruk. Ya..sangat buruk. Iaitu apabila aku lapar,teringin sesuatu makanan,malah ketika berpuasa sekalipun,aku akan makan secara maya. Apakah itu makan secara maya? Iaitu mengenyangkan perut dengan cukup hanya melihat gambar makanan itu. Aku akan google semua jenis resepi makanan yang aku sedang terliur itu,aku tatap gambarnya dan hatiku puas. Tak sopan bukan? Tapi ianya berkesan mengurangkan sedikit keteringinan aku terhadap makanan itu. Dan tabiat ini aku masih mengamalkannya hingga hari ini. HEHEHEHE...
                                                    TAK ADA LOGIKA...


Salam perkenalan buat yang baru saja sampai disini..

Dunia hari ini bersama arus kemodenannya memicu akal manusia untuk sering bertanya dimana logik. Semua kejadian yang berlaku harus ada logiknya. Kalau tiada logik,tidak masuk akal,tidak diterima,bahkan dianggap sesat. Demikianlah kepesatan membangun memalingkan manusia dari berfikir apa lagi berperasaan seperti yang Tuhan mahu. Fungsi hati dilenyapkan sama sekali. Akal yang berpandukan nafsulah yang kini menjadi raja menguasai manusia.

Namun,didalam kesibukan manusia mencari logika,mereka terlupa kepada banyaknya hal yang dilakukan manusia hari ini yang menyalahi logik. Kalau hendak disenaraikan belum tentu mampu untuk dilakukan. Kerana ketidak logikan yang dilakukan manusia itu terlalulah besarnya. Tapi kenapa sampai manusia lupa memikirkannya?

Logikkah hamba melupakan Tuhannya?
Logikkah singgah sementara didunia tapi mengumpul harta?
Logikkah mempercayai kematian tapi sama sekali tidak memikirkannya?
Logikkah percaya adanya Tuhan yang menciptakan seisi dunia tapi tidak meminta kepadaNya?

Bila aku renungkan hanya sedikit dari sekian banyaknya ketidak logikan yang dilakukan manusia,aku malu.. Malu sekali dengan Tuhan yang maha memiliki segala yang logik dan tidak logik. Aku lah hamba yang terlalu banyak melakukan hal yang tidak logik bagi seorang hamba terhadap Tuhannya. Sedangkan aku sangat tahu persis kemampuan Tuhan untuk melakukan kejadian diluar jangkaan. Bukankah fenomena bumi pada hari ini sudah terlalu banyak menggambarkan betapa Tuhan bertindak diluar fikiran manusia? Tidak takut lagikah? 

Duhai hati..sampai bila engkau mahu begini? Kembalilah kepada tujuan asal mengapa engkau dicipta. Bukankah engkau sepatutnya sedang takut dan cinta kepada Tuhan yang maha mencipta...?
                                            KEMBALIKAN MASA KU...


Sedih.
Kehilangan benda yang paling berharga. Masa. Sibuk sangat ke? Kadang bukan sibuk fizikal bergerak kesana kemari dah macam lipas kudung..Tapi akal yang taklah cerdik sangat ni ligat memikir bermacam-macam hal sehingga terlupa dah masuk waktu sembahyang. Astaghfirullah. 
Hati pula dipenuhi dengan bermacam-macam perasaan yang silih berganti secara cepat macam pintu train di klia untuk boarding,yang buka dan tutup secara laju. Siapa lambat terkepit. Ok..hati memang berkecamuk.
Bila 3 unsur yang tuhan ciptakan itu sudah tidak lagi seiring sejalan,maka hasilnya..blog lama tak update. Panjang noo alasan untuk legakan diri sendiri.
Tapi tak pernah berhenti berharap agar Tuhan berikan masa yang baik untuk dapat memuaskan hati sambil memenatkan jari untuk berkongsi disini.
Buktinya sekarang Tuhan dah izinkan sedikit kelapangan dada,hati dan masa untuk kembali menulis setelah sekian lama hanya mampu mengerling pada laptop yang dah berhabuk. Terima kasih Tuhan untuk nikmat yang dilihat seperti kecil,namun kau tahu betapa leganya hatiku :-)

                                                                NAFSU.............

Susahnya nak puas. Setelah dapat apa yang diidamkan,kelak kita akan menanam impian baru. Dah dapat iphone 3gs,teringin pula iphone 4. Dah dapat Blackberry Bold 1 tak sabar-sabar nak beli Torch!Keinginan yang tidak pernah bertepi ini membuatkan kita sentiasa mencari dan memburu segala yang dihajati. Orang kaya teruslah mahu menambah kekayaannya. Orang cantik ingin menambah kecantikannya. 
Yang cerdik pandai mahu meningkatkan kepandaian akalnya. Yang berkuasa ingin melebarkan kekuasaannya. Apa lagi golongan yang berada dibawah paras kaya,cantik,cerdik dan berkuasa itu. Sudah tentulah mereka juga akan mahu,mahu dan mahu.

Nafsu ini memanglah tidak pernah hentinya membuatkan kita jadi pemburu dunia. Kadang badan sudah tidak berdaya,tapi keinginannya masih membara. Nafsu itu bagaikan raja yang akan memerintahkan akal dan fizikal kita untuk bermati-matian demi memuaskan kehendaknya. Untuk memenuhi itu semua,segala apa yang menghalang akan dirempuh sahaja. Halal haram sudah bukan lagi batasan. Yang penting semuanya harus diperolehi.

Sekian lamanya kita menjadi hamba abdi pada nafsu sendiri. Kita bagaikan lembu dicucuk hidung,hanya menuruti katanya tanpa sedikit kita mencuba melawannya. Hati kita telah lama dipenjara. Dikuburkan fungsinya,dinafikan peranannya. Nafsulah yang bermaharajalela. 

Kita lupa bahawa dunia yang sedang begitu kita nikmati ini hanyalah sementara. Dunia hanya jambatan untuk menuju ke akhirat sana. Kalaulah kita dapat sedikit membuka hati untuk menyedari betapa bodohnya kita membina rumah,mengumpul harta diatas jambatan. Jambatan hanya untuk dilewati. Bukan untuk berlama-lama diatasnya. Akibatnya akhirat tidak lagi menjadi matlamat. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak lagi pernah diperkatakan.

Jahatnya nafsu ini. Membawa kita sejauh ini tanpa kita sedari. Sekian tahun usia berlalu tanpa ada apa-apa bekal yang disedia. Segala harta,wang,rumah,kereta,kuasa,kecantikan itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Ke dalam kubur aja kita tak mungkin mengheretnya sama. Apa lagi untuk dibawa sampai kesana.

Sudah tiba masanya untuk Raja Nafsu turun takhta. Biarlah diganti dengan raja(hati) yang sebenarnya. Nafsu itu biar dia pula yang menjadi hamba. Biar dia tahu bahawa segala penipuannya kini terbongkar sudah. Katakan padanya bahawa kita tidak mungkin turuti lagi segala keinginannya. Kalau dia tetap juga berdegil,ingatkan dia bahawa neraka Allah yang cukup pedih sedang menantinya. 

Nafsu itu musuh,tapi dia juga sebahagian dari diri. Menyakiti nafsu bagaikan menyakiti diri sendiri. Tapi kesakitan itu sebenarnya sama lah seperti seorang yang sakit,diberi ubat,aduhh pahitnya..Tapi natijahnya setelah itu kita akan menjadi sihat-sesihatnya.

Ahad, 2 September 2012

Doa ku


Yaa RABB...
Ajarkanlah kami utk TERSENYUM meskipun berat bahu memikul beban
Ajarkanlah kami utk BERLAPANG DADA meskipun banyak yang menyesakkan jiwa
Ajarkanlah kami utk terus BERUSAHA meskipun perlu waktu untuk menggapai mimpi
Ajarkanlah kami utk RENDAH hati kerana Engkaulah Yang Maha Tinggi
Bantu kami untuk tidak takut gagal meski tentangan ada di depan mata
Sungguh "keras"nya kehidupan ini
Semoga sebanding dgn manisnya hasil di akhir perjuangan nanti....

Ya Robbul Izzati...
berikanlah kekuatan kami semua dalam menerima ujian-ujian dariMu, semoga kami termasuk hamba-hambaMu yang ikhlas dalam menerima ujian dari-Mu.....amin Allahumma amiin..insyaAllah

Wallahua'lam