MINDA TERKINI MENUJU JALAN TAQWA...

Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari DOA


Khamis, 17 Januari 2013

                                                                NAFSU.............

Susahnya nak puas. Setelah dapat apa yang diidamkan,kelak kita akan menanam impian baru. Dah dapat iphone 3gs,teringin pula iphone 4. Dah dapat Blackberry Bold 1 tak sabar-sabar nak beli Torch!Keinginan yang tidak pernah bertepi ini membuatkan kita sentiasa mencari dan memburu segala yang dihajati. Orang kaya teruslah mahu menambah kekayaannya. Orang cantik ingin menambah kecantikannya. 
Yang cerdik pandai mahu meningkatkan kepandaian akalnya. Yang berkuasa ingin melebarkan kekuasaannya. Apa lagi golongan yang berada dibawah paras kaya,cantik,cerdik dan berkuasa itu. Sudah tentulah mereka juga akan mahu,mahu dan mahu.

Nafsu ini memanglah tidak pernah hentinya membuatkan kita jadi pemburu dunia. Kadang badan sudah tidak berdaya,tapi keinginannya masih membara. Nafsu itu bagaikan raja yang akan memerintahkan akal dan fizikal kita untuk bermati-matian demi memuaskan kehendaknya. Untuk memenuhi itu semua,segala apa yang menghalang akan dirempuh sahaja. Halal haram sudah bukan lagi batasan. Yang penting semuanya harus diperolehi.

Sekian lamanya kita menjadi hamba abdi pada nafsu sendiri. Kita bagaikan lembu dicucuk hidung,hanya menuruti katanya tanpa sedikit kita mencuba melawannya. Hati kita telah lama dipenjara. Dikuburkan fungsinya,dinafikan peranannya. Nafsulah yang bermaharajalela. 

Kita lupa bahawa dunia yang sedang begitu kita nikmati ini hanyalah sementara. Dunia hanya jambatan untuk menuju ke akhirat sana. Kalaulah kita dapat sedikit membuka hati untuk menyedari betapa bodohnya kita membina rumah,mengumpul harta diatas jambatan. Jambatan hanya untuk dilewati. Bukan untuk berlama-lama diatasnya. Akibatnya akhirat tidak lagi menjadi matlamat. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak lagi pernah diperkatakan.

Jahatnya nafsu ini. Membawa kita sejauh ini tanpa kita sedari. Sekian tahun usia berlalu tanpa ada apa-apa bekal yang disedia. Segala harta,wang,rumah,kereta,kuasa,kecantikan itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Ke dalam kubur aja kita tak mungkin mengheretnya sama. Apa lagi untuk dibawa sampai kesana.

Sudah tiba masanya untuk Raja Nafsu turun takhta. Biarlah diganti dengan raja(hati) yang sebenarnya. Nafsu itu biar dia pula yang menjadi hamba. Biar dia tahu bahawa segala penipuannya kini terbongkar sudah. Katakan padanya bahawa kita tidak mungkin turuti lagi segala keinginannya. Kalau dia tetap juga berdegil,ingatkan dia bahawa neraka Allah yang cukup pedih sedang menantinya. 

Nafsu itu musuh,tapi dia juga sebahagian dari diri. Menyakiti nafsu bagaikan menyakiti diri sendiri. Tapi kesakitan itu sebenarnya sama lah seperti seorang yang sakit,diberi ubat,aduhh pahitnya..Tapi natijahnya setelah itu kita akan menjadi sihat-sesihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan