MINDA TERKINI MENUJU JALAN TAQWA...

Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari DOA


Sabtu, 1 September 2012

Malaysia ku merdeka

Kenapa aku rasa bulan Ogos ini ialah bulan malas update blog bagiku? Apakah kerana letih berpuasa dibulan Ramadhan? Atau pun letih sakan berhari raya? Ataukah aku sudah kehabisan idea? Atau pun memang tak ada apa yang menarik yang telah berlaku dalam hidupku disepanjang bulan merdeka ini?

Justeru bulan inilah macam-macam hal yang berlaku hingga aku ternganga tak tau nak tulis apa. Baik punya alasan..ok

Harini umur negara kita Malaysia tercinta genap 55 tahun. Sudah tua rupanya negara kita. Dan apakah Malaysia telah pun mencapai tahap yang sepatutnya dicapai? Atau Malaysia masih keliru dengan hala tujunya?

Cintakan negara adalah sebahagian daripada iman. Bila cinta,kita akan selalu doakan. Marilah kita mendoakan Malaysia dihari merdekanya ini agar janji Tuhan kepadanya akan segera berlaku. Inginnya melihat Malaysia bangkit atas nama negara islam sebenar. Tidak lagi sekadar menjadi negara orang islam. Semoga ianya akan berlaku dengan aman tanpa perlu melalui proses yang sungguh dahsyat yang terpaksa dilalui oleh beberapa buah negara arab akhir-akhir ini.

"..Ya Allah..cucurilah rahmat dan berkatmu. Keatas negara ini. Jauhilah rakyatnya dari bala bencana. Hindarilah rakyatnya dari segala persengketaan. Agar manusia hidup bahagia dan harmoni.."

Diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 untuk rakyat Malaysia. Kemerdekaan yang paling utama ialah bilamana kita mampu untuk bebas daripada nafsu yang sekian lama membelenggu. Janganlah sambutan kemerdekaan kita hanya akan menambah suburkan nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan