Sudah jadi amalan sejak dulu,Atuk mengajarkan untuk berdoa dan berzikir selepas solat.
" Bila lagi kita hendak memohon pada Tuhan kalau bukan diwaktu sembahyang (dan selepasnya) " pesan Atuk pada kami. Jadi macam janggal sikit bila tengok orang lepas solat terus bangun tanpa sebarang doa atau zikir. Memang sembahyang pun sudah merupakan doa,tapi apa salahnya kita panjangkan sedikit masa lagi untuk dapat bercakap,memohon pada Tuhan. Lebih-lebih lagi kita tak patut merasa lega dengan sembahyang yang baru didirikan memandangkan kita tidak tahu apakah ianya diterima atau solat kita akan dicampakkan kembali ke muka.
"Ini sajalah Tuhan yang dapat aku sembahkan..terlalu banyak kekurangan..tapi apakan daya..ini saja yang aku termampu.."
Kita sangat pasti bahawa sembahyang kita itu tiada nilainya untuk disembahkan kepada Tuhan. Kita sedar sebenarnya solat kita selalu hanya akan menambah dosa derhaka kepada Tuhan. Tapi kita ingin sekali agar ianya diterima walau terlalu banyak cacat cela.
Ya Allah..berkatilah kami sepertimana orang yang engkau berkati..
Selamatkanlah kami sepertimana orang yang engkau selamatkan..
MINDA TERKINI MENUJU JALAN TAQWA...
Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari DOA
Khamis, 30 Ogos 2012
Genggam Sabar Kuat-kuat...
Menanti itu bukanlah satu penyiksaan..
Menanti itu juga bukan satu beban..
Jika kita menantinya dengan ikhlas..
Sesungguhnya ALLAH sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan..
Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti..
Menantilah dengan penuh kesabaran..
Menantilah dengan penuh keimanan..
Kerana InsyaALLAH,
Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan..
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta..
kerana ALLAH lah yang Maha Memberi..
Tetaplah menanti dengan sabar jawaban_NYA..
Kerana janji ALLAH itu BENAR ..YAKINLAH..
Isnin, 27 Ogos 2012
Cinta Dan Bahagia..
Seorang teman suatu hari berkata pada saya, “ Untung kamu,Faiz.. Hidup kamu sempurna je. Ape nak,semua dapat ”. Saya hanya tersenyum..
Tuhan tidak menjadikan manusia itu sempurna melainkan penuh dengan kekurangan. Jika Tuhan lebihkan yang ini,Tuhan juga akan kurangkan yang itu. Begitulah biasanya yang berlaku. Dengan kelebihan yang diberikan Tuhan minta kita bersyukur. Dengan kekurangan yang ada Tuhan minta untuk bersabar. Kelemahan juga adalah jalan terbaik untuk kita tetap merasa hamba. Janganlah sampai menjadi Fir’aun yang akhirnya merasa diri Tuhan kerana tidak melihat sama sekali kekurangan pada dirinya.
Saya percaya setiap orang punya kebahagiaannya tersendiri. Setiap orang juga pasti ada kesedihannya yang tersendiri. Jika tidak,masakan ada orang yang kita lihat hidupnya dilimpahi kekayaan,kemewahan,harta,pangkat dan lain-lain hal yang sangat diimpikan manusia,tetapi akhirnya mati bunuh diri? Itu banyak terjadi pada artis-artis yang punya gaya hidup seperti syurga dunia. Dengan itu saya kira setiap kita harus melihat kebahagiaan itu dari sudut yang Tuhan mahukan. Barulah kita benar-benar akan mendapatkan kebahagiaan hakiki.
Tuhan itu maha adil. Maha pengasih,penyayang,maha baiknya sekalipun terhadap kita yang jahat. Sesaat pun dia tidak pernah melupakan kita. Kasih sayangnya terlalu besar,lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anaknya. CintaNya lebih tinggi dari gunung,lebih luas dari daratan. Kita tidak akan mampu untuk menggambarkan betapa hebatnya cinta Tuhan itu. Apa lagi untuk membalasnya.
Cinta..satu perkataan yang cukup mudah disebut,namun tidak semua mampu memilikinya. Cinta adalah satu gelombang perasaan yang Tuhan anugerahkan kedalam setiap hati insan. Membuatkan kita ingin mencintai dan dicintai. Namun,apakah disaat ini kita semua telah mendapatkan sebenar cinta? Atau kita juga masih mencari-cari akannya? Mungkin juga kita telah mendapatkannya,tapi akhirnya kita kehilangannya? Bisa jadi ada antara kita yang tidak pernah sekalipun merasainya..
Saya sendiri hidup didalam cinta. Cinta dari Ibu ayah,isteri,adik beradik,kawan-kawan dan semua orang yang mencintai saya. Kerna itu,dikala kesedihan,saya sering ingatkan diri bahawa diluar sana berapa ramai manusia yang hidup tanpa cinta. Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa. Dengan itu saya bisa terus melatih rasa syukur.
Ada cinta yang mampu untuk diungkapkan. Ada juga cinta yang hanya kekal dihati tapi tidak dapat dibuktikan. Orang cakap,cinta tak mesti memiliki kerna cinta perlukan pengorbanan. Cinta tak butuh kebersamaan kerna cinta akan tetap mekar dihati walau berjauhan. Berbagai-bagai versi ungkapan tentang cinta. Tapi tahukah anda apakah makna cinta? Geleng kepala.. :-)
Cinta yang sebenar adalah cinta kepada Tuhan. Mencintai Tuhan,kita tidak akan pernah kecewa. Kita akan sentiasa merasakan bahawa Dia juga sangat mencintai kita. Kita tidak akan pernah putus cinta dgnNya. Sedangkan mencintai manusia sering berakhir dengan kekecewaan. Bahagianya tidak berpanjangan. Dengan mencintai Tuhan automatik kita akan menyayangi sesama manusia. Tp jika kita hanya pandai mencintai makhluk Tuhan,belum tentu kita mampu menggapai cinta Tuhan yang maha tinggi.
Wahai diri,janganlah bersedih jika tidak dicintai manusia,tapi bersedihlah jika belum mampu mencintai Tuhan. Janganlah menangis jika cintamu berjauhan,tapi tangisilah akan dirimu yang jauh dari cintakan Tuhan..

Guru Yang Bernama Pengalaman..
Siapa yang sangat sangat bersetuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik sila angkat tangan! Dan aku pun melihat sekian banyaknya tangan diatas. Benarlah adanya..
Sering aku kisahkan bahawa aku tidak mempunyai sijil pengajian yang tinggi. Tidak ada satu pun kemahiran dalam diri aku ni bersumberkan ilmu yang dipelajari dimana-mana sekolah mahupun universiti. Semuanya ku timba dari pengalaman hidup dijalanan. Bukanlah aku maksudkan aku pernah menjadi pengemis dan tidur ditepi jalan. Maksud aku ialah banyak aku pelajari hal didunia ini hasil pembelajaran dari pengalaman dan sudah tentulah juga dari orang yang berpengalaman (secara tak rasmi).
Dan begitulah hal-hal yang seterusnya. Aku cerita ni sebab aku yakin korang pun memang lalui proses pembelajaran macamni. Pengalaman ialah guru terbaik tu bukan aku sorang je yang tempuh. Malah mungkin pengalaman aku ialah guru tercorot dikalangan sekian banyaknya guru-guru (pengalaman) yang lain. Aku banyak tanya orang-orang. Pengalaman diorg lagi dahsyat. Ada tu yang tak pernah pun masuk sekolah kedoktoran,tapi hasil pengalaman jadi assistant nurse yang tak bertauliah,sekarang dah boleh jahit orang lagi. Ada lagi yang siap boleh repair enjin kereta-kereta mewah walhal sekalipun tak pernah masuk sekolah vokasional atau kursus kebengkelan.
Belajar kereta pun hasil dari penelitian waktu tingkatan 2 rajin ngekor abg berjalan. Sikit-sikit aku beranikan diri tukar gear. Dan bila tiba-tiba satu hari abang aku offer sapa nak bawak kereta,dengan lajunya aku terus berpindah ke tempat duduk driver. Dan kereta itu berjaya berjalan dengan jayanya.
Tuhan sangat adil. Dia ialah mahaguru untuk segala ilmu didunia dan akhirat. Maka jangan pernah kita bersedih hati jika tidak berpeluang belajar tinggi kerana sudah terbuki ilmu itu dimana saja pun kita mampu dapati.

Ahad, 26 Ogos 2012
Mencari Tuhan Di Jendela..
Dulu sebelum aku kenal benar tentang Tuhan,sebelum aku faham tentang rahman dan rahimnya Tuhan,aku sebenarnya seorang yang sangat prejudis dengan Tuhan. Aku selalu yakin akan hakikat Tuhan itu maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun. Tidak pernah aku ragukan itu. Cuma bila melihat kejahatan diri,aku sering berfikir,apakah Tuhan itu mahu mengampuniku? Dengan dosa-dosa ku ini,apa Tuhan sudi untuk berada dekat dengan ku? Aku tidak yakin itu. Aku selalu merasa cukup hina hingga ku kira Tuhan pun tidak akan pernah mahu menerimaku.
Aku teruslah berperasaan begitu untuk beberapa ketika. Aku juga seperti orang lain melalui masa remaja yang penuh dengan berbagai perasaan dan fikiran. Rasa ingin tahu,ingin mencuba hal yang baru itu selalu ada. Walaupun kadang aku tahu hal itu tidak pantas dilakukan,tapi kerana fikiran belum cukup matang,aku teruslah melakukan hal-hal yang jauh disudut hati dapat aku rasakan kesilapannya. Tapi sukar sekali untuk menghindarnya. Setelah itu aku akan mulai lagi berfikir,bahawa Tuhan pasti tidak akan pernah memaafkan aku. Ya..mau gimana lagi.
Namun setelah aku beranjak menuju kematangan,dengan ilmu,pelajaran,didikan yang tidak pernah berhenti ,aku dapat rasakan perlahan-lahan Tuhan mulai mengisi hatiku. Aku seorang yang bisa dikatakan jarang berkongsi masalah dengan sesiapa pun. Walau aku bukanlah termasuk kategori orang yang pendiam,tapi terkait masalah yang cukup peribadi,yang aku rasakan orang tidak akan mampu membantu menyelesaikannya,aku lebih senang menyimpannya sendiri. Dan jalan keluarnya ialah aku sering mencari waktu untuk bisa melepaskan segala yang terbuku itu kepada Tuhan. Aku tidak tahu bagaimana ianya bermula. Tapi itulah yang berlaku. Aku rasakan Tuhan tidak memberi aku pilihan lain,hingga aku terpaksa mengadukannya kepada Tuhan. Aku masih
ingat,tiap aku punya masalah,aku akan berdiri ditepi jendela dan berkata, “ Tuhan..aku tidak bisa melihatMu. Tapi aku tau engkau ada disini. Tolong dengarkan aku Tuhan ”
Dan aku akan ceritakan semuanya hingga aku merasa cukup lega sekali. Sesuatu yang menganjal sekian lama,kini terlerai sudah. Aku cukup bahagia dengan itu. Mungkin aku tidak begitu faham apa yang sedang aku lakukan,tapi aku sudah cukup terdesak untuk meluahkan semuanya. Tapi tidak pada manusia yang ku kira mereka juga hanya akan tahu bersimpati tapi belum tentu mampu membantu. Dan..penyelesaiannya hanya ada pada Tuhan.
Dari kecil aku diajarkan untuk pandai hidup sebagai seorang yang tidak ada tempat pergantungan melainkan Tuhan. Mereka mengajarkan bahawa Tuhan itu adalah kawan yang paling setia. Yang tidak pernah mengecewakan kita. Ya..sebagai anak yang masih kecil,pasti aku pernah sempat kecewa kerana ditinggalkan. Tapi aku difahamkan bahawa Tuhan itu tidak akan pernah mengecewakan kita. Jika kita memiliki Tuhan,kita akan memiliki segalanya.
Kerana tiada pilihan lain yang tersisa,akhirnya Tuhan ku jadikan pelarianku dari segala masalah. Hasilnya,segala masalah ku rasakan selalu bisa selesai dengan cara yang tidak ku duga. Sesekali masalah itu tidak selesai seperti yang ku harapkan,tapi aku masih bisa merasakan hikmahnya. Pernah juga masalah itu berlanjutan berterusan,tapi hal itu justeru membuatkan aku semakin dekat padaNya kerana aku teruslah akan menagih penyelesaian itu dariNya.
Semakin hari aku semakin yakin dengan hadiah yang diberikan. Bayangkan,jika aku mendapatkan hadiah berupa material ,diwaktu aku punya masalah,apa benda-benda itu akan bisa membantu? Tidak. Tapi dengan Tuhan,aku bahkan mendapatkan hal yang aku pun tidak pernah memintanya,tapi Tuhan tetap memberinya. Tuhan itu terlalu baik sekali padaku hingga dia tidak pernah meminta balasan apapun diatas segala kebaikannya. Dia begitu setia denganku,hingga jika aku melupakannya,membiarkannya,dan setelah itu aku ingin kembali lagi padaNya,mau aja dia menerima aku lagi. Tanpa syarat. Bila aku memohon maaf dariNya,aku sampaikan bahawa aku lemah,beginilah aku,ingat dan lupa itu sering berlaku,Tuhan justeru menyatakan kalau Dia lah yang menciptakan aku begitu dan untuk itu Dia akan sanggup untuk memaafkanku asal saja aku mau mengakui segala kelemahanku.
Aku malu sekali padaNya. Ada waktu aku terasa ingin lari. Lari ke tempat yang Dia tidak akan bisa melihatku. Biar hilang rasa maluku padaNya. Tapi mana mungkin aku lari. Rupanya memang Tuhan yang meminta hamba itu untuk tahu malu denganNya. Agar perasaan malu itu akan menyuburkan rasa ingin melakukan perkara untuk membesarkannya,membalasi kebaikannya.
Aneh sekali Tuhan. Dia itu kawan. Tapi dia itu Tuhan. Dia yang mengatur semua perjalanan hidupku. Dia yang memberi masalah dan Dia lah yang akan menyelesaikannya. Dia yang berikan penyakit dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya.
Tuhan..untuk aku yang belum sepenuhnya mengenaliMu,mencintaiMu dan mentakutiMu ini pun sudah rasakan hal yang sangat indah. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah benar-benar ‘gila’ denganMu? Pasti keadaannya jauh lebih indah. Inginnya hati untuk menikmatinya. Cemburu rasanya melihatkan mereka. Aku bila lagi tuhan? Segerakanlah Ya hannan Wal Mannan..

Ahlein..Ya hala..
Wahai Tuhan yangmenguasai langit danbumi..
Yang memiliki kerajaan dunia dan akhirat..
Dia yang berkuasa keatas setiap jiwadan segalanya..
Tuhan yangmemutuskan semuanya yang disini dan disana..
Pada permulaan ini,ku pohon perlindunganMu didalam menjaga hatiku yang sepenuhnya bukanlah milikku..
Saban waktu ku kesali lintasannya yang penuh dengan nafsu dan semua itu adalah diluar kuasaku..
Kerana itu Tuhan..Jagalah hatiku agar seluruh hidupku berjalan selari dengan kehendakmu..
Jenguk dalam diam
AssaLaMuaLaikuM..
Salam perkenalan dihulurkan buat semua yang sudi menjengah ke laman yang sederhana ini. Ini hanyalah sekadar mencari sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati dan mungkin juga berkongsi ilmu dan pengalaman bersama. Panduan dan nasihat sangatlah dialu-alukan bagi terus mempertingkatkan diri didalam perjalanan didunia ini untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi..
.. Dunia adalah jambatan ke akhirat..

Tak Istiqamah
Jumpa Dr Azlina cuci gigi. Rasa ringan karang gigi dah takde. Sikit-sikit tengok cermin. Tukar berus gigi baru,beli produk penjagaan gigi,kumur dengan air berangin tu,gosok gigi 2-3x sehari. Bulan pertama,kedua,ketiga.. Setahun berlalu,gigi dah macam gigi unta.hehehe
Situasi diatas itu ialah realiti. Realiti yang berlaku pada kita. Oklah. Bukan kita,tapi yang lebih tepat ialah aku. Aku tak malu nak ngaku sebab nak jadikan bukti bahawa betapa susahnya istiqamah.
Susah ke? Senang je.. Senang ke? Susahlah sangat..
Hakikatnya memang susah. Sebab tu orang selalu cakap,biarlah amalan itu kecil,tapi istiqamah. Bukannya bajet gempak lepastu tahan sekejap je. Takde nilai!
Yang aku bagi contoh tu ialah amalan biasa je. Cuma nak jaga gigi. Padahal setiap kali bila tengok gigi kuning memang menyampah gile. Tapi itupun tak larat nak mujahadah untuk beristiqamah menjaganya walhal hati memang teringin nak gigi cantik. Bukanlah nak putih melepak ,tapi cukuplah supaya tak comot.
Macamana pula dengan ibadah? Amalan kebaikan lainnya? Hati aku ni masih terpaut kepada dunia melebihi akhirat. Sedangkan hal dunia pun tak mampu nak pertahankan,apa lagilah hal akhirat yang belum benar dihayati. Lebih lagilah tak mampu nak istiqamah. Harini bangun tahjud pukul 3.30,dah rasa awal sangat. Esok terus bangun pukul 5. Harini wirid semangat 10 round,esok dah tinggal setengah round je. Itupun terkedek-kedek nak habiskan. Kalau semalam berjaya tak lagha sangat,harini hati dah hitam akibat lalai.
" Tuhan..susahnya istiqamah. Sedangkan ia lebih baik dari seribu karamah. Tapi tidak mudah untuk aku melakukannya. Ada saja halangan yang mendatang,tak kuat bermujahadah untuk menentang..Aku terngadah lagi. Hal sekecil ini pun tidak mampu aku lepasi. Mampukah titian sirat aku lewati? "
Dalam meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik,mulakanlah sesuatu kebaikan itu,dan beristiqamahlah melakukannya. Biar pun ia hanya sedikit tapi berterusan mengamalkannya. Moga-moga kita kekal mendapat redha dan keampunan Tuhan.
SYAWAL BUKAN UNTUKKU
Ramadhan pergi jua akhirnya. Aku hanya mampu melambai lemah kepada tetamu agung kiriman Tuhan untukku itu. Penuh sesal kerna tidak mampu melayaninya dengan sebaik mungkin,sedang 'dia' datang bersama anugerah terindah dari Tuhan buat hamba-hamba yang dikasihinya. Benarlah..Tuhan merentangkan peluang yang sama untuk setiap kita,walau akhirnya natijah kita berbeza.
Tirai Ramadhan berlabuh tanda Syawal kini menjelma. Hari kesyukuran bagi mereka yang bertaqwa yakni mereka-mereka yang telah memenangi nafsunya disepanjang Ramadhan yang mulia. Mereka itu ialah orang yang berjaya memiliki semua ganjaran dan keistimewaan yang Tuhan siapkan di bulan Ramadhan. Tuhan datangkan Syawal untuk meraikan hamba yang telah membuktikan ketaatan mereka. Puasa yang benar-benar merubah peribadi kepada yang lebih indah.
Bagaimana pula nasibku di Syawal ini? Aku cukup yakin bahawa Syawal bukan untukku. Malu rasanya untuk turut sibuk merayakannya walhal Ramadhanku bagaikan sia-sia. Segala ibadah yang dibuat hanya rangka sahaja. Macam bangkai yang tidak bernyawa. Apakah dengan itu aku boleh merasa layak untuk berhari raya?
Namun wahai Tuhan..kau izinkan juga aku untuk ikut serta memeriahkan aidilfitri ini. Kenapa? Rupanya dihari ini aku diminta untuk turut meraikan kemenangan orang-orang yang bertaqwa. Syawalku hanyalah kerana menumpang kejayaan besar yang mereka cipta. Baiknya Tuhan bersama orang-orangnya. Memberi peluang dimana saja.
Untuk itu aku sepatutnya menyambut hari raya dengan penuh dukacita. Walau zahirnya aku ikut memakai baju raya,hati sepatutnya sedang menangis. Menangisi kebaikan Tuhan yang maha baik itu. Dengan itu aku tidak akan sanggup untuk berlalai dan berfoya dihari ini. Apa lagi untuk sampai berhibur dan membuat dosa. Mudah-mudahan nikmat besar ini dapat ku kongsikan juga untuk mereka yang tidak berada.
Ramadhan pergi..moga rohnya tetap disini. Temanilah aku disisi agar keagungannya itu akan terus merubah rohku jua akhirnya. Janganlah aku ditinggalkan langsung untuk terjerumus ke lembah yang sama. Dihari ini aku memohon agar Tuhan panjangkan sedikit lagi umurku untuk terus aku baiki Ramadhanku. Kalau pun tidak begitu,biarlah aku pergi kelak membawa hati Ramadhan yang diberkati.

Langgan:
Catatan (Atom)