MINDA TERKINI MENUJU JALAN TAQWA...

Doa Senjata Orang Mukmin, Sedekah Lebih Tajam Dari DOA


Ahad, 26 Ogos 2012

Tak Istiqamah


Jumpa Dr Azlina cuci gigi. Rasa ringan karang gigi dah takde. Sikit-sikit tengok cermin. Tukar berus gigi baru,beli produk penjagaan gigi,kumur dengan air berangin tu,gosok gigi 2-3x sehari. Bulan pertama,kedua,ketiga.. Setahun berlalu,gigi dah macam gigi unta.hehehe

 Situasi diatas itu ialah realiti. Realiti yang berlaku pada kita. Oklah. Bukan kita,tapi yang lebih tepat ialah aku. Aku tak malu nak ngaku sebab nak jadikan bukti bahawa betapa susahnya istiqamah. 

Susah ke? Senang je.. Senang ke? Susahlah sangat..

Hakikatnya memang susah. Sebab tu orang selalu cakap,biarlah amalan itu kecil,tapi istiqamah. Bukannya bajet gempak lepastu tahan sekejap je. Takde nilai!

Yang aku bagi contoh tu ialah amalan biasa je. Cuma nak jaga gigi. Padahal setiap kali  bila tengok gigi kuning memang menyampah gile. Tapi itupun tak larat nak mujahadah untuk beristiqamah menjaganya walhal hati memang teringin nak gigi cantik. Bukanlah nak putih melepak ,tapi cukuplah supaya tak comot.

Macamana pula dengan ibadah? Amalan kebaikan lainnya? Hati aku ni masih terpaut kepada dunia melebihi akhirat. Sedangkan hal dunia pun tak mampu nak pertahankan,apa lagilah hal akhirat yang belum benar dihayati. Lebih lagilah tak mampu nak istiqamah. Harini bangun tahjud pukul 3.30,dah rasa awal sangat. Esok terus bangun pukul 5. Harini wirid semangat 10 round,esok dah tinggal setengah round je. Itupun terkedek-kedek nak habiskan. Kalau semalam berjaya tak lagha sangat,harini hati dah hitam akibat lalai.

" Tuhan..susahnya istiqamah. Sedangkan ia lebih baik dari seribu karamah. Tapi tidak mudah untuk aku melakukannya. Ada saja halangan yang mendatang,tak kuat bermujahadah untuk menentang..Aku terngadah lagi. Hal sekecil ini pun tidak mampu aku lepasi. Mampukah titian sirat aku lewati? "

Dalam meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik,mulakanlah sesuatu kebaikan itu,dan beristiqamahlah melakukannya. Biar pun ia hanya sedikit tapi berterusan mengamalkannya. Moga-moga kita kekal mendapat redha dan keampunan Tuhan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan