Siapa yang sangat sangat bersetuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik sila angkat tangan! Dan aku pun melihat sekian banyaknya tangan diatas. Benarlah adanya..
Sering aku kisahkan bahawa aku tidak mempunyai sijil pengajian yang tinggi. Tidak ada satu pun kemahiran dalam diri aku ni bersumberkan ilmu yang dipelajari dimana-mana sekolah mahupun universiti. Semuanya ku timba dari pengalaman hidup dijalanan. Bukanlah aku maksudkan aku pernah menjadi pengemis dan tidur ditepi jalan. Maksud aku ialah banyak aku pelajari hal didunia ini hasil pembelajaran dari pengalaman dan sudah tentulah juga dari orang yang berpengalaman (secara tak rasmi).
Dan begitulah hal-hal yang seterusnya. Aku cerita ni sebab aku yakin korang pun memang lalui proses pembelajaran macamni. Pengalaman ialah guru terbaik tu bukan aku sorang je yang tempuh. Malah mungkin pengalaman aku ialah guru tercorot dikalangan sekian banyaknya guru-guru (pengalaman) yang lain. Aku banyak tanya orang-orang. Pengalaman diorg lagi dahsyat. Ada tu yang tak pernah pun masuk sekolah kedoktoran,tapi hasil pengalaman jadi assistant nurse yang tak bertauliah,sekarang dah boleh jahit orang lagi. Ada lagi yang siap boleh repair enjin kereta-kereta mewah walhal sekalipun tak pernah masuk sekolah vokasional atau kursus kebengkelan.
Belajar kereta pun hasil dari penelitian waktu tingkatan 2 rajin ngekor abg berjalan. Sikit-sikit aku beranikan diri tukar gear. Dan bila tiba-tiba satu hari abang aku offer sapa nak bawak kereta,dengan lajunya aku terus berpindah ke tempat duduk driver. Dan kereta itu berjaya berjalan dengan jayanya.
Tuhan sangat adil. Dia ialah mahaguru untuk segala ilmu didunia dan akhirat. Maka jangan pernah kita bersedih hati jika tidak berpeluang belajar tinggi kerana sudah terbuki ilmu itu dimana saja pun kita mampu dapati.
Menuntut ilmu xkira dimana sj..dn amalkannya..
BalasPadam